• Our Location

MISZ HOME

Ceritanya, petang ni dapat 2 orang patient stroke yang ‘special’. First patient: tengah tengah guna standing frame bertujuan megembalikan fungsi sendi serta membantu otot bekerja, patient menangis.

M: nape pakcik? Sakit ke? Penat?
P: keep crying. Tak jawab apa.
M: okay okay, kita duduk ye.. (gaya memujuk, lalu aku dudukkan dan cuba tenangkan)

Sebaik sahaja tenang, ku sambung balik rawatan sehingga selesai 15 min. Itulah yang diulang ulang, 2-3 kali lah dia menangis dan berhenti. (Sis allergic sikit tengok orang nangis, hoho)

Bila tukar rawatan lain untuk meningkatkan fungsi tangan, pakcik protes. Diketuk kon ditanganya pada meja. Isteri di sebelah, tenang je cuba mengawal emosi si suami.

Patient 2: masuk ke department fisio menggunakan wheelchair. Senyum.

M: assalamualaikum pakcik. Hari ni macam mana? Ada okay sikit tak?
P: sama ja.
M: okay, meh duk kat katil. Saya check dulu ye.

Patient menurut saja. Ringkaskan cerita,,

During assessment for proprioception (thumb),

M: pakcik, ni atas, ni bawah (sambil gerakkan ibu jarinya ke atas dan ke bawah). Sekarang saya nak test pakcik, tutup mata.
P: *menutup matanya menggunakan tangan kanan*
M: pakcik sekarang atas ke bawah?
P: *membuka ruang jari kanan untuk melihat pergerakan tangannya*. Alahai, comel je.
M: pakcik, mana aci macam tu. Tutup mata. *Gelak kecil*. Pakcik tutup tau, sekarang teka.
P: tak boleh. Pakcik kena tengok. *terus menangis*
M: okay okay pakcik boleh tengok. (Makanya, test cant be proceed)

Bawak patient terus pada treatment. Sepanjang rawatan, kadang kadang emosinya terganggu juga. Menangis. Dan, terkadang mata berkaca tapi belum sempat pecah.

So pointnya, bila benda macam ni jadi tidak dapat tidak, as perawat perlu motivate patient. Support. Encourage carer untuk sama sama support. Explain betul betul condition dia, if they have hope tell them. Boost their spirit. Emosi pesakit ni sangat sensitif, banyak perkara difikirkannya. Tu baru bab sakit. Belum lagi dicerita situasi di dalam rumah, family problem, financial problem dan banyak lagi.

Hari ni kita nampak how hopeless, depression and loss motivation hidup orang lain. Cuba compare dengan apa yang kita hadapi, memang situasi dan masalah kita berbeza tapi hakikatnya setiap orang mempunyai ujian tersendiri.
Usah dibilang ujian, kesusahan yang kita hadapi, tapi hitunglah nikmat yang Allah kurnia. Kaki masih mampu melangkah, tengan masih mampu menghulur.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”

Teruskan melangkah. Bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

“Ilmu dari Tuhan, tangan untuk insan”

By ADMIN

SHARE THIS POST